Dila

Thursday, February 27, 2014

POSITIVE / POSITIF


Positif....

Lumrah manusia bila dapat sesuatu yang tak berkenan dihati,
caci mencaci, maki memaki menjadi satu lauk yang cukup menyelerakan....

Kadang-kadang terfikir,tidak boleh kah kita sebagai insan yang mempunyai fikiran,
berfikir dan menarik nafas sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan yang boleh kita
kategorikan sebagai NEGATIF?

Berfikir la secara positif dan rasional....
Kita mempunyai otak untuk berfikir
Kita jugadigalakkan untuk berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata...

Kata-kata ibarat pedang yang sekiranya menusuk ke jantung boleh membawa maut...

Sekiranya seseorang melakukan sesuatu hal yang lain dari kemahuan kita
ataupun tidak menepati apa yang kita inginkan,SENYUM lah dan tegurlah secara berhemah...
Kadang-kadang,dengan teguran,org lain akan merasa gembira dan rasa diri dihargai
walaupun sedar melakukan sesuaru yang salah....


ALLAH merupakan sebaik-baik JUDGEMENT kita didunia ni....
Positifkan minda kita sekiranya sesuatu musibah melanda...

Positif bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita....
Kita x dapat apa yang kita inginkan,tp percayalah ALLAH maha mengetahui bahawa itu
bukan terbaik untuk kita....

SO...all my dears,

Lets spread our positif ion...

xoxo
D

No comments:

Post a Comment