Dila

Friday, March 7, 2014

Misteri Segitiga Bermuda Menurut Islam

Assalamualikum WBT...

Dari dulu lagi,mungkin sejak dari kecil kot aku teringin sangat tau tentang misteri SegiTiga Bermuda...
Tak tau apa istimewanya "BERMUDA TRIANGLE" ni...




Seperti terpanggil,aku mencari sedikit maklumat berkenaan SegiTiga Bermuda ini....
Tiba2 rasa seram...ntah kenapa...

SegiTiga Bermuda terletak di wilayah lautan samudera Atlantik seluas 15 juta mil persegi yang membentuk garisan segitiga antara wilayah terotorial Britania Raya sebagai titik sebelah utara, Puerto Rico US sebagai titik sebelah selatan dan Miami negara bahagian Florida Amerika di sebelah barat.

Dalam setiap kajian, saya suka melihat pandangan islam berkenaan apa jua benda aneh dan misteri yang wujud di muka bumi ini.

                                              **Gambaran kejadian di SegiTiga Bermuda**

Ada hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda "Apabila salah seorang berada ditempat yang tebuka atau ditengah Matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dar dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi ditempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu".

Dikatakan larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. Justeru itu, apa kaitannya dengan Segitiga bermuda?

JAWAPANNYA....Segitiga BErmuda terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika di bahagian utara dan Afrika. Lokasi ini merupakan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan arus sejuk dari Amerika Utara.

Melalui buku karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang bertajuk "Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di Segitiga Bermuda", mentafsirkan bahawakawasan bermuda merupakan kawasan jin dan dr situlah akan muncul dajjal.

Menurut Syaikh Imam M Ma'rifatullah Al-Arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia. Ditengah kawasan tersebut terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membantu siapa sahaja yang meminumnya menjadi panjang umur.

Banyak orang-orang zaman dahulu yang telah mencuba pusat segituga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan pulang ke dunianya.

Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencuba masuk ke dalam kawasan agung itu dan sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat tersebut berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabus putih tebal itu sangat indah dipandang tetapi bahaya untuk didatangi.

Sesungguhnya, setiap kejadian di muka bumi ini disertakan dengan alasan yang kukuh... Subhanallah....

**Sumber : Google search (Misteri Segitiga Bermuda menurut Islam)

xoxo
D


No comments:

Post a Comment