Dila

Tuesday, September 9, 2014

Maafkan Aku - ASFAN (Official Video Lirik)

+



Lama Sudah mencari bayang-bayangmu

Yang hilang bertahun-tahun yang makin rapuh

Bila tersedar di atas..

Kesilapan diriku...Ku lupakan cerita

Lama dan terus kembali



Maafkanlah aku...bila aku melukai hatimu..

Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini...

bila tiada lagi ku sedari..kisah ini terhenti..

Cubalah fahami..cinta ini memerlukan kau dan aku..



Tidak terdaya untukku menanggung rindu...

Dan tidak terdaya aku melepaskan mu

Bila tersedar di atas kesilapan diriku..

Ku lupakan semua dan kembalilah...



Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu...

Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini...

Bila tiada lagi ku sedari...Kisah ini terhenti...

Cubalah fahami..cinta ini memerlukan kau dan aku...





Lots of Love..



xoxo

D

Friday, August 29, 2014

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!!!!!!!!

Bismillahirrahmannirrahim......


Di sini Lahirnya Sebuah Cinta....

Ya Allah Ya Tuhanku...
Negara ini negara yang bertuah..
Negara ini negara yang merdeka..
limpahkanlah negara ini dengan rahmatMu..
Lindungilah negara ini dari segala ancaman luar...
Sesungguhnya, Cinta kami telah tertumpah ditanah berdaulat ini...

Amin...

57 merdeka...terlalu cepat masa berlalu..
Tahun ini, mengangkat tema "DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"..

Ya,jika difikirkan, di Negara berdaulat ini la lahir sebuah cinta...

Kewujudkan diilhamkan dari cinta kedua org tua...
Dan di negara berdaulat ini juga lah lahirnya sebuah cinta dariku untuk seseorg..

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini akn sentiasa melebarkan cintanya kepada kita...

Happy Merdeka All!!

Lots of Love...

xoxo
D


Wednesday, August 27, 2014

Its a tough day....

2 days training and 1 super duper tireeeeeeeeeeddddddddddddddddddd!!!!!!!!


                                              * This is me in certain time.....muahahahahahaha...

ok guys,

this is the real story...
2 days training with an entrepenuership...
Share the knowledge and share everything with them..

Well, what can i say, its really tough to handle them...

so...
what can i do???
just be patient and ikhlas with knowledge that i try to deliver to them...

Enjoy this moment...

Lots of love..

xoxo
D

Thursday, June 12, 2014

PERPISAHAN PART 2

I'm sorry but i love u...

Assalamualaikum....

U dont wanna talk to me...then I silent
U dont wanna see me...then I disappear
U r happy when I'm not around...then I stay away from u
Hit me while u can...I'm happy everytime u did it
Did I ignored u?...NO!...I always mention u in my DOA
Did I leave u?...NO!...coz my heart is always with u
Then why I do this?...coz I love u
 

Sapa kata perpisahan itu hnya perasaan yang biasa???
Tidak bg aku..Sakit kot ditinggalkan tp klu dh mmg mcm 2 takdirnya, nk buat mcm mana?meraung..meroyan...x mkn...x mnum...mcm-mcm yang di rasa saat dan ketika itu...


Justeru,Ada yang menasihatiku...
Letakkan hati mu di Jalan ALLAH...
InsyaAllah ko akan dapat rasa hikmah disebalik perpisahan ini...
Mungkin ko bukan yang terbaik untuk dia dan mungkin juga dia bukan yang terbaik untuk ko...

Percayalah,Dugaan Allah itu bersebab...
Segala-galanya Allah telah sediakan dengan cukup indah...
hanya perlu berdoa dan mnta dikuatkan hati untuk menerima perpisahan ini...
Doakan yang terbaik untuk jalan hidup masing-masing...
kita bertemu dan berpisah atas jalan yang Allah telah tetapkan...
Sentiasa muhasabahkan diri,
cari dimana silap kita sehingga semua benda ni terjadi...
Mungkin kita x cukup menghargai...Mungkin kita x cukupbersyukur...

Percayalah..
Dugaan Allah itu bersebab...

Dan, 
ketika ini aku yakin,jalan yang Allah telah tentukan ini cukup indah perjalanannya....
Saat ini mungkin si dia dalam proses untuk memilih yang terbaik dalam hidupnya 
dan aku bukanlah pilihannya...
Redha itu teramat indah sekiranya kita sentiasa berdoa dan yakin dengan hidup kita...
Cuba berusaha menjadi yang terbaik...
Dalam hidup kita ada dua pilihan...
DI PILIH DAN MEMILIH...

Semoga,rencana Allah sentiasa yang terbaik untuk aku..

.Amin...


xoxo
D


x

Wednesday, June 11, 2014

Perpisahan Part1

Aku kecewa...Rasa down yang amat sangat...

Assalamualaikum & Good Morning All....

Tajuk di atas, buat hati rasa sedih yang teramat...
Baru cuba untuk membahagiakan diri tp semuanya hilang sekelip mata...
Cinta yang x kesampaian membuatkan hati rasa lemah...

Sedih,
Kecewa..

Airmata x berhenti berjuraian...
Sungguh besar dugaan yang Allah bagi kepada ku saat ini...
Kenapa bila aku dah mula rasa bahagia, semua itu diambil serta merta...x ada yang tertinggal untuk aku...
Yang sedihnya, insan yang selama ini sentiasa membuat hari ku bahagia, menghilang begitu sahaja...
hanya pesanan ringkas yang ditinggal tanpa penjelasan yang sejelas-jelasnya...

Terus terang aku katakan,
Aku x cukup kuat untuk menghadapi perpisahan.
Setiap masa aku mencari dia,
sms...call x pernah berjawab..
Jangan bagi aku alasan kerana alasan x akan pernah membuat hatiku menerima perpesahan...

Tanpa perbincangan,
Dia terus menghilang...
seketika terasa hidup terlalu sepi...kosong...segala-galanya menjadi serba x kena...
kenapa harus segalanya terjadi sekarang?
Kenapa perasaan sayang dan rindu hilang sekelip mata...

Ya Allah,
kuatkan la hatiku...
Tabahkanlah jiwaku menghadapi semua ini....


xoxo
D

Wednesday, May 21, 2014

Love Is Cinta



Cinta adalah,
Tugu Kasih Sayang Yang Kukuh,
kolam Persahabatan yang Teguh,
Gunung Setiakawan Yang Utuh,
Sungai Kebahagiaan Yang Teduh,
Bersama Susuri Arus Gelombang


xoxo
D

Saturday, May 10, 2014

HAPPY MOTHER'S DAY MAMA



Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Siapakah manusia yang berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya? Baginda berkata: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda berkata: Ayahmu.” (Sahih al-Bukhari).

Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas serta tidak ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk anak sangat luar biasa. Ketulusan dan kesabarannya menjaga anak sejak dalam kandungan hingga dewasa tidak terbalas. 


Ibu rela mempertaruhkan nyawa untuk kehidupan anaknya. Ketika melahirkan, ibu meletakkan nyawanya, bertarung maut demi kelahiran anaknya. Bahkan, untaian doanya tidak pernah terputus untuk seorang anak sejak dalam kandungan lagi. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israa, ayat 24)

Mereka selalu berharap dan memohon kepada Allah SWT supaya anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah. Siapa lagi yang memberi kasih sayang paling mendalam serta pengorbanan tinggi. Itulah kasih sayang yang Allah SWT pinjamkan ke dalam hati seorang ibu.

Tidak dinafikan kasih sayang ibu mengatasi segala-galanya, tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun sesaat. Ada kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulut dan melelapkan mata kerana teringatkan anak-anaknya.

Memberi kasih sayang kepada ibu bukan sekadar memberi hadiah. Gembirakan mereka dan carilah keredaan mereka serta perbanyak doa keampunan kepada mereka. Sentiasa memuliakan dan menghormati ibu bapa.

Perlu kita insafi, jika ibu bapa tidak reda dengan perbuatan anak mereka, ia akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredai oleh ibu bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT. 
Justeru, manfaatkan peluang yang ada untuk berkhidmat kepada kedua ibu bapa, membalas pengorbanan mereka dengan mencurahkan kasih sayang serta membahagiakan hari-hari tua mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israa, ayat 24)


#copypasteberitaharianonline

Luv u so much mama....



xoxo
D