Dila

Wednesday, March 19, 2014

DOA...DOA...& TERUS BERDOA

DOA UNTUK MH370

Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Sesungguhnya yang dilangit dan dibumi adalah milik mutlakMU...

Aku memohon kepada MU YA ALLAH,

Sekiranya di langit...KAU Turunkanlah...
Sekiranya di laut.... KAU Timbulkanlah
Sekiranya di darat...KAU Zahirkanlah...






Kita Teruskan berdoa...Semoga ada keajaiban yang berlaku.......

xoxo
D..

Friday, March 7, 2014

Misteri Segitiga Bermuda Menurut Islam

Assalamualikum WBT...

Dari dulu lagi,mungkin sejak dari kecil kot aku teringin sangat tau tentang misteri SegiTiga Bermuda...
Tak tau apa istimewanya "BERMUDA TRIANGLE" ni...




Seperti terpanggil,aku mencari sedikit maklumat berkenaan SegiTiga Bermuda ini....
Tiba2 rasa seram...ntah kenapa...

SegiTiga Bermuda terletak di wilayah lautan samudera Atlantik seluas 15 juta mil persegi yang membentuk garisan segitiga antara wilayah terotorial Britania Raya sebagai titik sebelah utara, Puerto Rico US sebagai titik sebelah selatan dan Miami negara bahagian Florida Amerika di sebelah barat.

Dalam setiap kajian, saya suka melihat pandangan islam berkenaan apa jua benda aneh dan misteri yang wujud di muka bumi ini.

                                              **Gambaran kejadian di SegiTiga Bermuda**

Ada hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda "Apabila salah seorang berada ditempat yang tebuka atau ditengah Matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dar dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi ditempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu".

Dikatakan larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. Justeru itu, apa kaitannya dengan Segitiga bermuda?

JAWAPANNYA....Segitiga BErmuda terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika di bahagian utara dan Afrika. Lokasi ini merupakan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan arus sejuk dari Amerika Utara.

Melalui buku karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang bertajuk "Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di Segitiga Bermuda", mentafsirkan bahawakawasan bermuda merupakan kawasan jin dan dr situlah akan muncul dajjal.

Menurut Syaikh Imam M Ma'rifatullah Al-Arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik terhujung di dunia. Ditengah kawasan tersebut terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membantu siapa sahaja yang meminumnya menjadi panjang umur.

Banyak orang-orang zaman dahulu yang telah mencuba pusat segituga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan pulang ke dunianya.

Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencuba masuk ke dalam kawasan agung itu dan sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat tersebut berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabus putih tebal itu sangat indah dipandang tetapi bahaya untuk didatangi.

Sesungguhnya, setiap kejadian di muka bumi ini disertakan dengan alasan yang kukuh... Subhanallah....

**Sumber : Google search (Misteri Segitiga Bermuda menurut Islam)

xoxo
D


Wednesday, March 5, 2014

DUGAAN SEORANG PENGAJAR

Dugaan bila kena mengajar kat dalam kelas time-time mcm ni....

Assalamualaikum WBT....

Time sekarang...Waktu sekarang....Saat sekarang..
ICT Training sedang berjalan...
Jangankan pelajar, yang mengajar ni pun satu hal juga...
mata pun asyik terikut2 ngn kepenatan dan kemengantukan....hahahahaha
Ayat x boleh blah..... tp org yang mengajar ni boleh blah....

                                              *kalau la aku boleh begini.....

Jika ada alat yang boleh digunakan untuk menahan mata yang mengantuk ni, CONFIRM
aku orang pertama yang akan memiliki nya....hahahaha (naluri dah x keruan dek kerana mata nk tertutup)

Pelajar aku pula????????????????????
Of course lebih kuah dari nasi...

                                                     *Boleh la korang imagine mcm ni
Tapi yang guru 2 jgn imagine k...
Jauh panggang dari api...

Tapi walau apapun alasannya....

AKU TELAH DITUGASKAN UNTUK MENGAJAR!!!!!!!!!!!!!!!
Hakikat yang kena aku terima sampai bila2...

Huarggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh.....................

k bye....

xoxo
D

Hargai Kehidupan


Cuba Renung kembali apa yang kita lakukan sepanjang usia ini??

Assalamualaikum WBT....

Hidup cuba untuk dibuktikan melalui setiap perbuatan...
Perbuatan yang baik akan mendapat nilai hidup yang indah manakala Perbuatan Jahat????

Renung seketika,berapa banyak perkara yang baik kita telah lakukan sepanjang usia kita
yang semakin lama makin tua...
Sejenak berfikir cukupkah segala bekalan ini untuk kita di sana??

BERSYUKUR & MENGHARGAI..

Cukup indah jika hidup sentiasa bersyukur dan dihargai...


Aku hidup bukan untuk diriku sendari tapi aku hidup untuk segala disekelilingku...
Aku hidup bukan untuk kejahatan tapi aku hidup untuk berusaha menjadi yang terbaik..

Hidup tak semestinya sempurna...
Ya...Kadang-kadang kesempurnaan menjadikan kita seorang yang haus...haus dengan kehidupan...
Lalu berusaha untuk mencari seteguk air...


Seperti sebuah pesta kehidupan kita....Pesta yang menjadi anganan tanpa memikirkan baik buruk perjalanan..

Semoga kita sentiasa dikalangan orang yang menghargai kehidupan...
Menghargai kehidupan bermakna menghargai org disekeliling kita,keluarga,rakan-rakan,kekasih...

Lots of Love...



xoxo
D

Thursday, February 27, 2014

POSITIVE / POSITIF


Positif....

Lumrah manusia bila dapat sesuatu yang tak berkenan dihati,
caci mencaci, maki memaki menjadi satu lauk yang cukup menyelerakan....

Kadang-kadang terfikir,tidak boleh kah kita sebagai insan yang mempunyai fikiran,
berfikir dan menarik nafas sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan yang boleh kita
kategorikan sebagai NEGATIF?

Berfikir la secara positif dan rasional....
Kita mempunyai otak untuk berfikir
Kita jugadigalakkan untuk berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata...

Kata-kata ibarat pedang yang sekiranya menusuk ke jantung boleh membawa maut...

Sekiranya seseorang melakukan sesuatu hal yang lain dari kemahuan kita
ataupun tidak menepati apa yang kita inginkan,SENYUM lah dan tegurlah secara berhemah...
Kadang-kadang,dengan teguran,org lain akan merasa gembira dan rasa diri dihargai
walaupun sedar melakukan sesuaru yang salah....


ALLAH merupakan sebaik-baik JUDGEMENT kita didunia ni....
Positifkan minda kita sekiranya sesuatu musibah melanda...

Positif bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita....
Kita x dapat apa yang kita inginkan,tp percayalah ALLAH maha mengetahui bahawa itu
bukan terbaik untuk kita....

SO...all my dears,

Lets spread our positif ion...

xoxo
D

Friday, February 7, 2014

February I'm In LOVE





Its February Everyone......

Yeayyyy....

So excited kan...



Anyway,semua org tau apa ada dalam February...



It's a MONTH OF LOVE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Ha....kan dh ckp february 2 adalah bulan kasih sayang...bulan cinta...ala2 lagu kumpulan Eva

di zaman my childhood...


So...sepanjang bulan february ni and bulan2 seterusnya, lets spread our love to all people surrounding us

especially our parents...Siblings...Friends and anyone sebab dengan menyebarkan kasih sayang anda ke pelosok dunia, ianya sdh d kira sebagai satu sedekah...



Sedekah kerana menyanyangi insan lain...



My faveret song in February goes 2????????







*Yang pasti aku x mahu lupakan cinta....

xoxo
D....


Wednesday, January 15, 2014

Makan Untuk Hidup

Hai Everyone....

Tengah hari macam ni, mesti ramai tengah merehatkan minda dan badan kan??/
Tp sedih nya, saya masih di opis..
Untuk apa stay di opis time orang nak g lunch?

JawapanNYA??????

Sebab aku nak surf apa-apa maklumat dalam internet tanpa gangguan insan lain...
ceh ceh ceh....

Tengok tajuk aku kat atas tu....MAKAN UNTUK HIDUP...



Ha kau......
Betapa nikmatnya dapat menatap lauk pauk beraneka jenis mcm 2...
Kalori,lemak,kolestrol and pelbagai lagi sahabatnya bercampur gaul dalam 1 bekas...
hahahahaha.....

Tapi..
Tahukah kita tujuan sebenar kita untuk mkn?
Of course nak kenyangkan perut and menjana tenaga kan?

Tetapi,
dalam masa yang sama juga,pemilihan makanan yang betul amath diperlukan untuk kita meneruskan kehidupan yang sihat.


Tadaaaaa......piramid makanan yang sentiasa menghantuiku sedari kecik lagi smpai la sekarang...
Bila ditengok kepada piramid makanan yang dah menyerupai piramid di MESIR ini,
betapa nikmat nya hidup bila kita mampu ikut setiap arahan dalam piramid tersebut...
Sudah tentu segala mcm penyakit takut nk singgah kan???

Jadi,memandangkan sekarang dah tengah hari dan ditambah dengan hujan renyai-renyai,
adalah amat diharapkan,anda semua mampu berfikir dengan waras dalam pemilihan makanan yang tepat.
cewah....
Dan mcm pakar pemakanan yang sihat pula aku ni kan....

Xdelah pakar sangat tapi ini juga merupakan perkongsian untuk kita. Makan bertujuan untuk meneruskan kehidupan. Tanpa makanan,mcm mana kita menjana tenaga untuk meneruskan aktiviti seharian kan?
Betul ke x?

tolong jangan diubah tajuk 2 kepada HIDUP UNTUK MAKAN....

k...bye...

xoxo
D